Pages

Tuesday, July 13, 2010

KHASIAT MANGGIS


Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an lagi. Dari kajian tersebut dan bagi memanfaatkan khasiatnya manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil kesihatan yang menakjubkan.






  1. Anti-fatigue (memberikan tenaga)

  2. Powerful anti-inflammatory (mencegah keradangan )

  3. Analgesic (mencegah sakit urat saraf)

  4. Anti-ulcer (mengelakkan ulser)

  5. Anti-depressant (mencegah kemurungan)

  6. Anxiolytic (mencegah kegelisahan/ panik/ cemas)

  7. Anti- Alzheimer (membantu mencegah nyanyok/dementia)

  8. Anti-tumor and cancer prevention (anti-ketumbuhan dan mencegah kanser)
  9. Immunomodulator - membantu sistem imun.

  10. Anti-aging (anti-penuaan)

  11. Anti-oxidant (buang radikal bebas/toksid dalam badan)

  12. Anti-viral (membunuh kuman)

  13. Anti-biotic (mencegah jangkitan bakteria)

  14. Anti-fungal (mengelakkan kulat)

  15. Anti- Seborrheic dermatitis (mencantikkan kulit)

  16. Anti-cholesterol (membuang kolesterol)

  17. Anti-artheriosclerotic (mencegah pengerasan arteri)

  18. Cardio-protective (melindungi jantung)

  19. Hypotensive (mengurangkan tekanan darah)

  20. Hypoglycemic (mengurangkan paras gula dalam darah)

  21. Anti-obesity ( mengurangkan berat badan)

  22. Anti-arthritic (mencegah sakit sendi)

  23. Anti-osteoporosis (mencegah kerapohan tulang)

  24. Anti-periodontic (mencegah gusi berdarah)

  25. Anti-allergenic (mengelakkan reaksi alahan)

  26. Anti-calculatic (mencegah batu karang)

  27. Anti-pyretic (menurunkan suhu badan)

  28. Anti-Parkinson
(masalah daya kawalan otot)
  29. Anti-diarrhea (masalah cirit-birit)

  30. Anti-neuralgic (mengurangkan sakit urat saraf)

  31. Anti-vertigo (mengelakkan pening kepala)

  32. Anti-glaucomic (mengelakkan glukoma)

  33. Anti-cataract (mengelak katarak)

  34. Pansystemic - mengimbangi seluruh badan.

UTAMA




Di Malaysia siapakah yang tidak kenal buah manggis? Buah yang dikenali sebagai “Queen of all Fruits” ini mempunyai keenakan isi yang sungguh unik. Lazimnya kita hanya makan isi manggis dan kulit serta bijinya akan kita buang. Sebenarnya keseluruhan buah manggis tersebut berkhasiat, terutamanya di bahagian kulit dalam manggis dan bijinya. Tetapi siapakah yang mahu memakan kulit dan bijinya? Sudah tentu tidak, hanya setelah ianya diproses maka kita dapat memanfaatkan khasiatnya dalam bentuk jus kesihatan yang kemujarabannya, subhanAllah …, sungguh menakjubkan! Teruskan membaca untuk mengetahui RAHSIA sebenar buah manggis dan jusnya.

KEGUNAAN TRADISIONAL

Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan disentri. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.


ZAT ANTIOKSIDAN (XANTHONES) MANGGIS


Manggis adalah satu-satunya buah yang mempunyai zat antioksidan (Xanthones) yang paling tinggi pernah ditemui dari mana-mana hasil tumbuhan yang pernah dikaji (lihat rajah).






Fungsi antioksidan adalah untuk menyahkan / membuang Radikal Bebas dan toxin yang menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser dan ketumbuhan dalam tubuh badan manusia. Antioksidan XANTHONE yang terkandung dalam manggis sangat berpotensi untuk memelihara kesihatan system immune, mendukung kesIhatan mental dan memerangi Radikal bebas .